Ahad, 17 Ogos 2014

BICARA 2

Bila aku di sini terasa terasing kerana hanya aku yang ada, wujud tiada sekutu. Aku sedang memandang kamu semua. Kamu yang lupa. Ralit dengan urusan dunia yang sekejap lagi hilang entah ke mana.

Di antara kamu itu ada yang memandang padaku. Tapi tak serius. Kerana dia tak nampak apa yang ada di sisiku. Iaitu tempat kembali yang abadi.

Ahad, 10 Ogos 2014

BICARA 1

Bila aku berbicara, bicara sendirian. Hanya aku yang maklum. Aku tidak mengharap apa-apa. Tetapi aku dapat memandang jauh, telus dan tembus ke mana saja arah pandanganku. 





Kadang-kadang aku mengadakan kamu untuk melengkapkan bicaraku. Terjadilah maklum balas. Dan kita boleh mulakan bicara.