Ahad, 29 November 2015

BICARA 11



Aku buka rahsia sebenar:

Yang perlu adalah mengenal diri.

Bukan mengkhayalkan Tanah Sana* yang belum lagi ada.




Isnin, 28 September 2015

BICARA 9

Kamu semua tidak berada di atas 'jalan'. Kamu terasing dalam dunia kamu yang rosak.

Selagi kamu bersifat 'haiwan perosak', selagi itulah kamu tidak terkeluar daripada dunia kamu yang rosak ini. Kamu tak boleh 'dibawa masuk' ke syurga, kerana syurga itu aman, sempurna dan abadi.


Jumaat, 25 September 2015

Bicara 8

Kamu hanya mengenali tubuh kamu sahaja. Tidak mengenali roh yang sebenar diri kamu. Di sinilah berbezanya kamu dengan aku. 

Kamu hidup dengan jasad. Aku hidup dengan roh.



Rabu, 9 September 2015

BICARA 6

Betapa agungnya kejadian jasad disenyawakan dengan roh. Tak terpisah selagi tidak MATI.

SAKIT ditandai dengan rosaknya jasad. Bukan jasad yang SAKIT tetapi roh yang merasai dan menanggung kesakitan. Jasad hanya rosak sahaja.

JASAD tetap akan rosak sedikit demi sedikit walaupun dirawat. Dalam pada itu roh SAKIT sengsara dengan kerosakan itu.

Tetapi ini rahsia ilmu TOK GURU BOMO KEBAA - 'Hanya YANG menjadikan SAKIT sahaja yang dapat menghilangkan kesakitan itu'.

Selasa, 25 Ogos 2015

Bicara 4

Bila kamu bercakap pasal hal-hal ghaib, kamu nampak meraba-raba. Cerita yang kamu cakap itu semuanya tiada pada hakikatnya. Tetapi kamu tetap menerimanya sebagai benar.

Aku ada ilmu makrifat. Aku nampak kedudukan kamu di sisi Tuhan. Jadi kamu bercakap dari pandangan kamu yang tersangat lemah.


Jumaat, 14 Ogos 2015

Bicara 3

Sebenarnya kamu ada kerana aku berhajatkan kepada kamu. Marilah dekat denganku nanti akan ada rahmat yang terlimpah.