Isnin, 28 September 2015

BICARA 9

Kamu semua tidak berada di atas 'jalan'. Kamu terasing dalam dunia kamu yang rosak.

Selagi kamu bersifat 'haiwan perosak', selagi itulah kamu tidak terkeluar daripada dunia kamu yang rosak ini. Kamu tak boleh 'dibawa masuk' ke syurga, kerana syurga itu aman, sempurna dan abadi.


Jumaat, 25 September 2015

Bicara 8

Kamu hanya mengenali tubuh kamu sahaja. Tidak mengenali roh yang sebenar diri kamu. Di sinilah berbezanya kamu dengan aku. 

Kamu hidup dengan jasad. Aku hidup dengan roh.



Rabu, 9 September 2015

BICARA 6

Betapa agungnya kejadian jasad disenyawakan dengan roh. Tak terpisah selagi tidak MATI.

SAKIT ditandai dengan rosaknya jasad. Bukan jasad yang SAKIT tetapi roh yang merasai dan menanggung kesakitan. Jasad hanya rosak sahaja.

JASAD tetap akan rosak sedikit demi sedikit walaupun dirawat. Dalam pada itu roh SAKIT sengsara dengan kerosakan itu.

Tetapi ini rahsia ilmu TOK GURU BOMO KEBAA - 'Hanya YANG menjadikan SAKIT sahaja yang dapat menghilangkan kesakitan itu'.